Wednesday, November 20, 2013

Belajar Mengaji Al-Quran Secara Online

Terlalu banyak cara untuk kita BELAJAR MENGAJI AL-QURAN SECARA ONLINE zaman sekarang ini. Memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam, untuk terus menuntut ilmu ini.

Sebagai seorang yang telah mengaku diri ini adalah seorang Islam, mana mungkin kita boleh mengabaikan dan menjauhkan diri kita dengan Al-Quran. Inilah Kalam Allah, diturunkan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W tercinta. Jangan berhenti belajar mengaji Al-Quran secara online mahupun secara berdepan dengan tok guru.

Tapi, orang kita terlalu banyak alasan yang diberikan kalau bab menimba ilmu ini. Kadang-kadang sedih juga dibuatnya. Padahal, mendengarkan saja ayat-ayat Al-Quran, sudah diberikan ganjaran pahala apatah lagi kalau kita membaca dan menghayati maknanya.

Banyak sangat alasan yang diberikan. Tiada masa yang mencukupi lah, tiada bahan untuk rujukanlah, dan paling banyak alasan yang diberikan ialah tidak tahu membaca jawi! Nak belajar, dah mula rasa malu. Zaman sekarang ni, dah tak perlu susah hati bab malu tu sebenarnya. Dah banyak aplikasi belajar mengaji Al-Quran secara online rasanya.

Sebenarnya zaman sekarang ni, dah tak perlu susah payah untuk menghayati Al-Quran, semua ada dihujung jari. Di zaman teknologi maklumat seperti internet,  terdapat begitu banyak bahan yang  berkaitan dengan Al-Quran yang kita boleh dapati secara mudah dan percuma, hanya terpulang pada kita samada mahu atau tidak.

Teknologi terkini pulak, sudah ada aplikasi yang lebih canggih bab belajar mengaji Al-Quran secara online ni iaitu 1 produk yang semakin dikenali. Maghfirah Smart Pen. Apa itu Maghfirah Smart Pen? Saya akan terangkan dengan lebih lanjut lagi dalam artikel seterusnya.

No comments:

Post a Comment