Wednesday, November 20, 2013

BELAJAR MENGAJI AL-QURAN DI RUMAH|MAGHFIRAH SMART PEN

BELAJAR MENGAJI AL-QURAN DI RUMAH dengan teknologi hebat ini. MAGHFIRAH SMART PEN untuk anda semua yang benar-benar tidak berkira untuk melaburkan sedikit rezeki Allah beri untuk saham Akhirat anda sahaja.

 

 Tiada paksaan dalam hal menuntut ilmu, begitu juga tiada paksaan untuk belajar mengaji Al-Quran ini. Semuanya bergantung pada anda. Semua masalah-masalah, seperti malu untuk belajar dengan orang disebabkan faktor usia sudah pun kami bantu.

Kini, terpulanglah pada anda. Sekiranya berminat, boleh dapatkan teknologi terkini untuk belajar mengaji Al-Quran di pasaran Malaysia ini. Dengan bonus-bonus yang anda akan dapat bila membelinya, pastinya anda tidak akan merasa rugi. InsyaAllah

BELAJAR MENGAJI ALQURAN DIRUMAH

Ramai tidak sedar bahawa Al-Quran adalah senjata teragung yang ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Tetapi, berapa ramai yang sanggup labur duit semata-mata nak belajar mengaji Al-Quran?

Ada banyak koleksi jenis Al-Quran di rumah. Namun, apa gunanya kalau kita sekadar menyimpan saja di rak tetapi tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya. Terdapat 3 golongan umat Islam yang mengamalkan Al-Quran. Mari kita menilai diri kita di golongan mana ya.

i) Golongan yang sekadar membacanya sahaja.
ii) Golongan yang sekadar membaca dan memahami maksudnya.
iii) Golongan yang membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran di dalamnya kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, ramai di antara kita tidak sampai sehingga ke peringkat mengamalkan dalam kehidupan seharian.Bayangkan betapa ruginya kita kerana mengabaikan Al-Quran yang diturunkan khas untuk kita sendiri! Kenapa mesti malas nak BELAJAR MENGAJI AL-QURAN ni?

Masih belum terlambat. Jangan risau.

Dengan kehadiran teknologi canggih pada masa kini, kita boleh membaca Al-quran dengan pelbagai cara dan bentuk. Macam yang pernah saya beritahu sebelum ini, cara yang terkini adalah dengan Maghfirah Smart Pen yang sedikit sebanyak dapat membantu umat islam seiring dengan kesibukan bekerja pada masa kini.

Antara kelebihan Maghfirah Smart Pen

1) Mushaf Tajwid Berwarna
2) Bacaan Perkata
3) Asbabun Nuzul B Melayu
4) Hadis Berkaitan B Melayu
5) MP3
6) MP4
7) Video Panduan Solat
8) Video Panduan Solat Jenazah
9) Video Panduan Wudhu
10) Video Panduan Tayammum
11) Video Panduan Umrah dan Haji
12) Zikir Pagi dan Petang
13) Asmaul Husna
14) Panduan Arah Kiblat
15) Panduan Waktu Solat
16) Video Latihan Bacaan Al-Quran Bertajwid
17) Record
18) Ruqyah Syar'iyyah
19) 12 Qari
20) Touch Screen 2.8 inci
21) 8 GB Memory

Kesemua ciri-ciri power ini akan menemani anda dalam mempelajari dan memahami dan dalam sesi belajar mengaji Al-Quran! Silakan membeli Maghfirah Smart Pen sekiranya anda terpanggil ya.

BELAJAR MENGAJI AL-QURAN

Mari kita BELAJAR MENGAJI AL-QURAN lagi ya. Kali ini saya akan kongsikan pada anda informasi yang saya jumpa di internet iaitu makhraj huruf. Nasib baik ada yang sudi mengajarnya diblog beliau.

Bab nak belajar mengaji Al-Quran ni, antara nak dengan tak nak saja sebenarnya. Kalau nak, seribu daya. Kalau tak nak, informasi depan mata pun langsung tak terbuka hati nak ambil kisah. Ok, saya kongsikan ya.


  Makhraj huruf ini secara Am nya terbahagi kepada 5 tempat:
  • Al Halq - Halkum
  • Asyafatain - Dua bibir
  • Al lisan - Lidah
  • Al Jauf - Rongga mulut
  • Al Khaisyum - Rongga hidung

Ok, di dalam 5 tempat makhraj am ini pulak terdapat 17 lagi tempat yg khas. Tempat yg lebih spesifik. saya akan menerangkan dalam bentuk jadual supaya lebih mudah pahamla hendaknya ye

  • Al Halq : Kerongkong = Ada 6 huruf yg keluar dari makhraj ini .(أ ه ح خ ع غ)
  1.  أ ه Tekan suara hingga pangkal halkum (pita suara)
  2. ع ح - Tekan suara hingga di tengah halkum. 
  3. خ غ  - Tekan suara di permulaan halkum (macam buang kahak tu..)

  • ASyafatan :Bibir ada 4 huruf yg keluar dari makhraj ini . (ف م ب و)
  1. ف - Bibir bawah ditekan ke gigi kacip atas.(fa)
  2.  م -  Merapatkan dua bibir (ringan)
  3.  ب - Merapatkan dua bibir (kuat)
  4. و -  Membulatkan dua bibir.

  • Al Jauf : Rongga - makhraj ini adalah suara pemanjangan Huruf Mad, ada tiga huruf. (و ي ا)
  1. و ي ا - Dilepaskan suara ke dalam rongga mulut.


 
  • Al Khaisyum : Pangkal hidung - Makhraj ini adalah suara dengung. (ن dan م yang mati)
  1. ن dan م yang mati - Ditekan suara ke pangkal hidung.


  • Al Lisan : Lidah - Ada 18 huruf yg keluar dari makhraj ini. (ق ك ي ش ج ض ل ن ر تد ط ث ذ ظ ص ز س)
  1. ث ذ ظ - Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas.
  2. ت د ط - Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas.
  3. ص ز س - Hujung lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah.
  4. ن - Hujung lidah ditekan ke gusi hadapan.
  5. ر - Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan.
  6. ل - Sisi tepi bahagian hadapan lidah (kiri / kanan) ditekan ke gusi hadapan.
  7. ض - sepanjang sisi tepi lidah (kiri / kanan) ditekan ke geraham atas.
  8. ي ش ج - Tengah lidah ditekan ke langit-langit.
  9. ك - Pangkal lidah ditekan ke langit-langit belakang.
  10. ق - Pangkal lidah ditekan ke anak tekak.
Alhamdulillah. Saya terjumpa di blog tajwidsensei maklumat berkenaan makhraj huruf ini. Kiranya bertambahlah 1 ilmu belajar mengaji Al-Quran yang tidak akan tamat sampai bila-bila ni kan?

Walaubagaimanapun, saya faham. Mesti agak susah untuk orang-orang macam kita ni, yang bukan mahir dengan ilmu Al-Quran peringkat tinggi ni nak faham. Tapi, jangan risau dah. Dengan Maghfirah Smart Pen, semua bab tajwid ni InsyaAllah boleh cover. Lengkap diajar nanti. Cuma perlu tanam azam jelah, nak belajar mengaji Al-Quran secara serius ke tidak. Itu jelah. Tanya iman. 

Belajar Mengaji Al-Quran Secara Online

Terlalu banyak cara untuk kita BELAJAR MENGAJI AL-QURAN SECARA ONLINE zaman sekarang ini. Memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam, untuk terus menuntut ilmu ini.

Sebagai seorang yang telah mengaku diri ini adalah seorang Islam, mana mungkin kita boleh mengabaikan dan menjauhkan diri kita dengan Al-Quran. Inilah Kalam Allah, diturunkan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W tercinta. Jangan berhenti belajar mengaji Al-Quran secara online mahupun secara berdepan dengan tok guru.

Tapi, orang kita terlalu banyak alasan yang diberikan kalau bab menimba ilmu ini. Kadang-kadang sedih juga dibuatnya. Padahal, mendengarkan saja ayat-ayat Al-Quran, sudah diberikan ganjaran pahala apatah lagi kalau kita membaca dan menghayati maknanya.

Banyak sangat alasan yang diberikan. Tiada masa yang mencukupi lah, tiada bahan untuk rujukanlah, dan paling banyak alasan yang diberikan ialah tidak tahu membaca jawi! Nak belajar, dah mula rasa malu. Zaman sekarang ni, dah tak perlu susah hati bab malu tu sebenarnya. Dah banyak aplikasi belajar mengaji Al-Quran secara online rasanya.

Sebenarnya zaman sekarang ni, dah tak perlu susah payah untuk menghayati Al-Quran, semua ada dihujung jari. Di zaman teknologi maklumat seperti internet,  terdapat begitu banyak bahan yang  berkaitan dengan Al-Quran yang kita boleh dapati secara mudah dan percuma, hanya terpulang pada kita samada mahu atau tidak.

Teknologi terkini pulak, sudah ada aplikasi yang lebih canggih bab belajar mengaji Al-Quran secara online ni iaitu 1 produk yang semakin dikenali. Maghfirah Smart Pen. Apa itu Maghfirah Smart Pen? Saya akan terangkan dengan lebih lanjut lagi dalam artikel seterusnya.